:
tentang kami


Tentang Persatuan Taska Negeri Johor

PTNJ adalanh adalah sebuah agensi NGO gabungan pelbagai individu pengusaha taska di seluruh negeri Johor. Melalui wadah PTNJ, para ahli didedahkan kepada pelbagai aktiviti dan kursus untuk membina industri Taska ke satu tahap yang lebih baik untuk masayarat Johor

PTNJ bersedia untuk bekerjasama dengan individu atau agensi yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak.

PTNJ juga bersedia berkhidmat sebagai badan penyelaras antara Persatuan dan Agensi Penguatkuasaan, badan-badan sukarela dan berkanun swasta yang bertanggungjawab ke atas penyediaan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak. Kami turut aktif untuk mendapatkan, mengumpul dan menerima dana dan menyalurkan dana ini ke arah matlamat dan objektif persatuan.

Untuk membantu dalam pembentukan dan operasi pusat-pusat penjagaan kanak-kanak di bandar, luar bandar sekitar negeri Johor.

Untuk mengiktiraf dan meningkatkan status profesional para pengusaha dan pendidik melalui pendidikan dan latihan - ceramah, seminar, bengkel & pelbagai aktiviti berbentuk latihan.

 

KEBAIKAN UNTUK SEMUA AHLI

Hubungi kami untuk maklumat lanjut menjadi ahli PTNJ.

PENYELESAIAN MASALAH BERSAMA

PTNJ menggabungkan pelbagai masalah yang dihadapi pengusaha dan pendidik dan menawarkan solusi berkumpulan.

AKTIVITI DAN KURSUS BERSEPADU

Pelbagai sesi latihan berkumpulan dan berjadual yang membantu tahap profesionnalism anda.